Hari yang tak dapat dilupakan.....

Posted: Monday, October 19, 2009 by Unknown in
10

Ahad, 18 Oktober 2009 hari yang tak dapat dilupakan oleh rompongz kerana hari tersebut telah menyentuh perasaan ahli2 rompongz dengan tragedi yang tak disangka2. hari ahad itu bermula dengan indah, dimana kami telah merancang utk pergi ride ke awana melalui uluyam bersama beberapa ahli PPR. pagi itu semua perancangan layan corner berjalan dgn lancar, sehinggakan kami naik turun corner beberapa kali.

setelah itu kami pulang, rompongz singgah kerumah abg.napie utk menonton Motogp Live dari Australia. terima kasih kepada abg.napie yg menyediakan makan tengah hari. tapi masing2 merasakan seperti tidak puas hati dengan ride pagi itu. jadi kami merancang untuk repeat layan corner pada petang yang sama, kami mengajak apis dan jinggo yg mana berkerja pada pagi ahad itu. mereka setuju, jadi kami berkumpul dirumah napie dan bertolak ke petronas uluyam lebih kurang pada pukul 5pm.

sesudah kami sampai di petronas uluyam, kami menunggu azizi yg lambat memakai racing sut barunya di rumah. jadi kami berehat sebentar dengan minum air dan menghisap beberapa btg rokok. sewaktu menunggu, ramai budak2 motor muda kelihatan berkeliaran di petronas tersebut, memang soronok kelihatan diwajah mereka, sepeti tiada ape yang menghalang mereka untuk bergembira. setelah azizi sampai, kami teruskan perjalanan kami utk ke awana.

seperti biasa, kami layan corner di stage awal pendakian bukit uluyam itu. tetapi kelihatan banyak kereta, yg menghalang mungkin kerana mereka pulang dari kampung pada hujung minggu. tetapi juga kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan memberikan isyarat high-beam kepada kami yang agak laju dikawasan itu. kami sangkakan mungkin polis membuat sekatan di hadapan, tanpa menghiraukannya kami teruskan perjalanan. tetapi kami terima lagi isyarat berkenaan lagi dari kereta yg lalu disitu.

kami memperlahankan perjalanan dengan fikiran yang tak menentu. mula kelihatan kesesakkan jalan raya dihadapan. jadi kami menyusur di laluan tengah antara dua arah jalan. setelah beberapa puluh meter kelihatan sebuah tow truck ditepi jalan dan sebuah kereta proton wira aeroback dibahu kanan jalan. rupa2nya berlaku kemalangan jalan raya disitu. kemudian baru kami perasan terdapat dua orang belasan tahun terbaring dibahu kiri jalan. keadaan agaj sirius.

aku dan napie cuba hendak berhenti, tetapi kami diarah untuk meneruskan perjalan bagi mengurangkan kesesakkan disitu. dengan tidak tahu ape yang terjadi kami teruskan perjalan. kami terus menyusuri jalan corner disitu. tetapi kelihatan hujan lebat dengan sambaran kilat disebalik bukit, kelihatan seperti jalan mesti licin dan merbahaya dihadapan. kami perlahankan motor kami. dari jauh kelihatan tokwan mengejar kami dari belakang, dan mengarahkan kami untuk berpatah balik, kerana semasa lalu dikawasan kemalangan tadi Apis telah berhenti dan turun utk memberikan bantuan kepada dua mangsa tadi.

kami yang dihadapan berpatah balik kembali ketempat kejadian tadi. setelah sampai, kelihatan seperti orang awam disana tidak tahu hendak membuat apa dengan mangsa. Apis yg juga Medical Assitance di HKL telah mula memberikan bantuan. kami turut memberikan bantuan dengan mendengar arahan dari apis. kelihatan ambulance masih tidak sampai, mungkin kerana kesesakkan jalan raya. salah seorang daripada mangsa kejadian itu kelihatan agak sirius, die mengalami kesukaran bernafas dan tercungap2 nyawa2 ikan disitu. seorang lelaki mungkin kawan kepada mangsa menyebut "Allah huakhbar" beberapa kali ditelinga mangsa. memang sirius budak itu.

mangsa kedua masih sedar dan mampu berkata2 ketika bantuan diberikan, tetapi masih mengalami kecedaran dalaman yg teruk. setelah beberapa minit kedengaran bunyi ambulance dari jauh. orang ramai mengarahkan untuk memberi ruangan kepada ambulan. setelah sampai, pihak medik terus menghulurkan bantuan kepada mangsa yang sirius tadi, dan membawanya ke hospital selayang. manakala mangsa kedua terpaksa ditinggalkan sementara menunggu ambulan kedua utk tiba. pihak medik tadi meninggalkan beberapa peralatan untuk mangsa kedua tadi.

Apis terus menggunakan peralatan tadi untuk membantu mangsa kedua tadi. dalam beberapa minit kemudian, tiba ambulan kedua dan trus membawa mangsa ke hospital. setelah itu, kami merasakan kejadian tadi sebagai petanda buruk, jadi kami becadang untuk pulang ke gombak dan singgah minum di sebuah restoran. tanpa disangka kami bertemu dengan pian er6 yang kebetulan lalu ditempat kemalangan tadi. pian sangkakan salah seorang dari rompongz menjadi mangsa.

setelah kami sampai di restoran labu-labi yg berdekatan dengan rumah azizi, kami makan sedikit makan malam disana. tetapi fikiran kami masih tentang kemalangan tadi itu. jadi kami bercadang utk melawat kedua-dua mangsa tadi dihospital selayang pada malam yg sama. setelah membayar makanan tadi, kami terus menghala ke hospital. sesudah sampai, kelihatan ramai orang diluar wad kecemasan. kami park motor dan terjumpa kawan kepada mangsa kemalangan tadi. die kenalkan kami kepada seorang saudara kepada mangsa pertama tadi. kami mendapat tahu nama mangsa pertama ialah Hisham. dan beliau memberi tahu kami yang Hisham telah meninggal dunia dihospital sesudah sampai. kami tergamam seketika, dan terasa agak tidak tenang.

kami dipelawa masuk ke wad untuk melihat mayat Hisham. kami pun terus masuk dan kelihatan keluarga dan rakan2 Hisham ada didepan bilik mayat Hisham. kami masuk dah menghadiahkan al-fatihah kepada Hisham. kami berjumpa dengan ibu Hisham yg tenang dan redha dgn kejadian yg menimpa keluarganya. dan kami diberitahu mangsa kedua atau namanya Syafiq berada dalam keadaan kritikal. apis berjumpa dengan doktor yg juda senior kepada apis untuk membincangkan keadaan Syafiq tadi. apis memberitahu keadaan Syafiq memang agak teruk. pada masa yang sama mayat Hisham sedia dibawa untuk autopsi, kami cadangkan utk menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

mayat Hisham telah dibawa ke bilik forensik pada mase itu, jadi kami berjalan kaki ke bilik forensik yg agak jauh. kami berjumpa dengan saudara dan ibu kepada Hisham dan menghulurkan bantuan tadi kepada seorang lelaki yang kelihatan begitu sedih dan menangis, kelihatan seperti pakcik kepada Hisham. setelah itu kami terus beredar.

sebelum itu aku telah bertukar nombor telepon dengan seorang rakan Syafiq yg bernama farhan utk mendapatkan berita tentang keadaan syafiq. jadi kami pulang dari situ...
setelah sampai dirumah, aku terima sms dari rakannya tadi dan mendapat tahu bahawa Syafiq kini berada dlm stage koma. aku terus sampaikan berita kepada ahli rompongz yg lain.

tetapi pada pagi keesokkan harinya, aku terima satu lagi sms dari farhan yang mengatakan "Abg, Syafiq dah tak de...". aku trus terasa tidak senang hati dan menyampaikan berita kepada rakan2 rompongz yg lain...

terasa seperti semua usaha kami membantu syafiq dan Hisham menjadi sia-sia, semuanya terserah kepada kuasa Allah yg maha esa. salam takziah kepada keluarga Hisham dan Syafiq.

Al-Fatihah....







10 comments:

  1. Unknown says:

    ur help xsia la...cuma tuhan lebey syg kan derang...so sedekahkan al-fatihah tuk arwah

  1. sad..but hopefully its an eye opening for all road user...takziah.

  1. Unknown says:

    tq for the good comments....

  1. hafiz says:

    sedih..kawan sy telah pergi..

  1. hafizsetapakzcrew says:

    sedih..kawan sy telah pergi..

  1. starparkzcrew says:

    kepada kawan2,ambillah perkara ini sebagai iktibar..

  1. bella says:

    salam...
    Trime kash bab tlong kawan sy tyme xcdent ari tu...
    ahad nie birthday arwah hisyam...
    sedyh membe da x dew...la147

  1. bella says:

    thanks a lot ...

  1. Unknown says:

    kitorang dah buat ape kitorang mampu...semua tue ketentuan Allah...

  1. ~Ana~ says:

    salam....terima kasih kerna membantu sepupu saya dan juga Syafiq tka akhir2 hayatnya...walau da 2bulan lebih arwah meninggalkan kita...still cam xcaye Hisyam da pergi tuk selamanya...:'(

Rompongz TerZaZuL Chart

  • paintkiller / paint remover - am
  • sejraha / sejarah - dean
  • Penyat / Penat - Zam CBr125 Cendawan
  • Tembakar / Terbakar - Dean
  • Moto 'Siti' / Motogp - Bpac
  • Templer Plak / Templer Park - Twan
  • Completition / Complition - dean
  • gigital / digital - Pedokskii
  • Pc Fair / PC5 - danny
  • Anter / Hantar - dean
  • Tahnaih / Tahniah - dean
  • hadas / hadis - tokwan
  • Jerat / Jerit - Bpac
  • Lambut / Rambut - Zul
  • Khusna / Khunsa - Napie

Blog Archive